Tuesday, October 28, 2008

Renungan Buat Semua

Assalamu A'laikum, Pelajar-pelajar SKTU yang disayangi sekelian. Saban hari anda semakin dewasa dalam meniti kehidupan kita sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini. Kerapkali, anda terlupa kepada ibu dan bapa. Harapan mereka terlalu tinggi untuk melihat anak-anaknya berjaya. Marilah bersama-sama, kenangkan kembali pengorbanan mereka. Jadilah anak yang sentiasa berterima kasih kepada ibu dan bapa. Jangan biarkan mereka menangis kerana kenakalan, kegagalan dan keterlanjuran anda, Tetapi, biarlah mereka menangis kerana kejayaan anda, Insya ALLAH.

Perkhemahan Unit Beruniform SKTU 2008

19 Oktober 2008(Ahad)
Perkhemahan Unit Beruniform SK. Trolak Utara 2008 telah diadakan di Kem Nur Nikman, Sg. Klah. Seramai lebih kurang 80 pelajar telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini. Antara aktivii yang dijalankan adalah Flying Fox, Jungle Tracking, Malam Kebudayaan dan Pertandingan Kawad.
Dalam perkhemahan ini juga para pelajar telah mendapat kesempatan untuk mengalami sendiri pengalaman Tidur Bersiram. Tidur Bersiram ialah aktiviti tidur di dalam khemah yang basah sebab sebelah petang hujan turun dengan lebat. Sehinggakan khemah-khemah yang dipasang telah dimasuki air.Rasakan...
Pada jam 2.15 pagi dilaporkan seekor kambing jadi-jadian telah didapati mengganggu para pelajar yang sedang nyenyak tidur. Walau bagaimanapun, kambing jadi-jadian tersebut telah berjaya ditangkap dan diberi amaran keras. Ia kemudiannya telah bertukar semula kepada bentuknya yang asal iaitu Aiman Harith.
Perkhemahan tersebut berakhir pada keesokan harinya lebih kurang jam 2.00 petang. Para pelajar bersiap-siap berkemas dan pulang menaiki kereta guru-guru SK. Trolak Utara yang bermurah hati untuk membawa mereka bersama.

Budak nakaiii...

Saturday, October 25, 2008